Profil JAM’IYAH

JAM’IYAH atau Pesekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan ialah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dibawah Pendaftaran Pertubuhan dengan no. Pendaftaran PPM54 (Selangor). Sejak ditubuhkan JAM’IY AH bergerak cergas dan memainkan peranan sebagai organisasi dakwah di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

FALSAFAH

Dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab JAM’IY AH berusaha menyambung dak- wah Rasullah S.A.W. dengan berdasarkan mafhum nas-nas berikut:

“Wahai Rasul-Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak berbuat demikian; maka engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya.” ( al-Mai’dah ayat 67):

Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksama dan memberi nasihat yang baik dan muzakarahlah dengan cara yang sebaik-baiknya. 
(al-Nahlu ayat 165): 


“Sampaikanlah apa yang dariku walau dengan satu ayat … 
(Riwayat Bukhari & Tarmizi).

KEAHLIAN

Keahlian dibuka kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi wanita dengan kategori seperti berikut:

Ahli biasa – Untuk mereka yang bermukim di Selangor dan Wilayah Persekutuan de- ngan yuran keahlian RM3.00 setahun;

Ahli Seumur Hidup – Terbuka untuk ahli biasa dengan yuran RM100.00 sekali bayaran;

Ahli Bersekutu – Untuk mereka yang bermukim di luar Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan yuran RM2.00 setahun;

Ahli Kehormat – mereka dilantik khas oleh JAM’IYAH biasanya dari kalangan tokok-tokoh Islam.

AKTIVITI

  • Menyediakan modul kursus mubaligh serta menyediakan pendakwah, penceramah dan fasilitator daripada pelbagai kepakaran bagi mengisi program JAM’IYAH sendiri dan program jemputan;
  • Menyediakan modul pengajian untuk orang-orang dewasa di masjid-masjid atau surau-surau yang berminat menganjurkan kelas pengajian serta pengajian al- Quran untuk kanak-kanak;
  • Menyediakan modul didik insan untuk para pelajar sekolah;
  • Menyediakan modul kursus pemahaman undang-undang kekeluargaan Islam, kursus kaligrafi, kraftangan dan sebagainya;
  • Menyediakan modul kesempurnaan remaja Islam (KESINAR) khusus untuk remaja puteri;
  • Mengadakan pelbagai lawatan dakwah ke daerah-daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan;
  • Membantu agensi kerajaan menguruskan pengislaman saudara kita (mualaf) dan seterusnya menjalan kursus untuk mereka bagi memantapkan pengetahuan Islam;
  • Menjadikan perkampungan orang Asli sebagai kampung angkat;
  • Menganjurkan program khusus sempena tarikh kebesaran Islam serta peristiwa-peristiwa penting dalam Islam dan juga ceramah-ceramah bulanan;
  • Menganjurkan seminar, ceramah, bengkel yang berkaitan dengan isu-isu dakwah, wanita dan remaja;
  • Menganjurkan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi untuk remaja;
  • Menganjurkan program kebajikan seperti sumbangan Hari Raya Aidilfirtri untuk fakir miskin, lawatan khidmat masyarakat ke hospital dan rumah-rumah orang tua serta program kebajikan untuk ahli secara berkelompok melalui dana patriot dan dana takaful;
  • Menerbitkan Risalah Dakwah (2 minggu sekali), majalah Suara JAM’IYAH (3 bulan sekali) dan buku-buku kecil untuk edaran secara percuma.

ANUGERAH

JAM’IYAH telah dianugerahkan sebagai ‘Pertubuhan Paling Aktif’ sejak tahun 1950 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri pada 12 Januari 2002. Sementara anugerah kedua ialah ‘Anugerah Badan Dakwah Terbaik’ sempena Sambutan Maal Hijrah tahun 1428H. Pada tahun 1432H/2010M pula, JAM’IY AH menerima anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela Negeri Selangor.

WAWASAN

JAM’IYAH telah dikurniakan dua bidang tanah di kawasan “segi-tiga emas” iaitu di Lot 6 Jalan Raja Laut dan di Lot 203 Jalan Ipoh (kini Bangunan Darul JAM’IYAH). JAM’IY AH juga telah mendapat sumbangan untuk membeli rumah kedai dua tingkat di No 6A, Jalan Niaga 16/3A, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Setelah berjaya memiliki bangunan setinggi 4 1⁄2 tingkat di Lot 203, Jalan Rahmat, off Jalan Ipoh dengan harga RM1.6 juta (siap pada tahun 2000); ternyata bangunan berkenaan juga tidak dapat menampung berbagai kegiatan JAM’IYAH.

JAM’IY AH perlu mempunyai dewan seminar serba guna yang lebih besar, dewan-dewan kuliah yang lebih selesa, kamar-kamar musafir, pusat penyelidikan, pusat komunikasi ICT yang mempunyai rangkaian alami serta lain-lain kemudahan sesuai dengan usianya yang melebihi separuh abad.

Keperluan kepada mega semakin mendesak selaras dengan harta semasa yang dimiliki yang perlu dibangunkan secara seiring dengan persekitaran kota yang serba madani.

Terletak di lokasi yang strategik, dengan keluasan kira-kira 25,542 kaki persegi di Lot 6 Jalan Raja Laut (bersebelahan bangunan DBKL), beberapa pihak telah pun mengemukakan pelan bangunan kepada JAM’IYAH bagi dibangunkan secara kerjasama.

SEKOLAH INTEGRASI

Selain hartanah di “tiga segi emas” di Jalan Ipoh, di Jalan Raja Laut dan di Seksyen 16 Shah Alam, JAM’IYAH juga mempunyai sebidang tanah seluas tiga ekar di Lot 5322 Jalan Dato’ Harun, Kampung Sungai Kembung Pulau Indah, Klang, Selangor. Tanah berkenaan telah diwakafkan oleh Al- marhum Tuan Hj. Mohamed Bin Said Hj. Mohd Razi iaitu mantan YDP yang ke 13. Tanah tersebut akan dibangunkan untuk dijadikan Sekolah Menengah Integrasi Asrama Penuh Swasta (Surat kelulusan No. KP(JPS) 5195/SRM/193(20).

Keperluan kepada sekolah integrasi wajar memandangkan Selangor menjadi tumpuan para pelajar dari seluruh dunia yang secara langsung menjadi pusat ilmu dan tamadun di rantau Asia Pasifik. Ia perlu dilaksanakan segera bagi memenuhi keperluan yang mendesak berikutan pertembungan pelbagai budaya dengan prilaku masyarakat madani di persekitaran yang serba hadhari.

Sekolah integrasi ini dianggarkan memerlukan dana antara RM10 hingga RM10 1⁄2 juta. Ketika ini dana yang terkumpul ialah RM100,000.00 Justeru Jam’iyah mengalu-alukan warga korporat yang prihatin bagi merealisasikan falsafah, visi dan misi JAM’IYAH di mana asas infrastrukturnya telah tersedia.