Visi dan Misi

VISI

JAM’IYAH berusaha untuk menjalankan dakwah Islamiah yang dinamis  dan progresif kearah mewujudkan umat Islam yang cemerlang.

MISI

Berdakwah kepada orang Islam tentang maksud dan ajaran Islam juga kepada orang-orang bukan Islam dengan maksud menyampaikan tabligh melalui pelbagai kaedah secara hikmah dan bijaksana.

Mempertahankan, menegakkan dan seterusnya mengembangkan agama Islam dengan cara yang aman.

Mengembangkan dan memperluaskan kebudayaan Islam kontemporari kepada ahli-ahlinya dan umat Islam seluruhnya.

Mengadakan dan membina bangunan JAM’IYAH sendiri yang boleh dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan aktiviti dakwah.

Mengadakan program-program bantuan kebajikan am kepada pihak yang memerlukan bertujuan untuk menggalakkan umat Islam khususnya ahli-ahlinya meningkatkan amalan kebajikan.