Konvensen Wanita Syurga

Konvensen Wanita Syurga

Konvensyen Wanita Syurga 2018 membawa kepada anda ustazah-ustazah yang bakal memberi energi dan motivasi dalam meneruskan kehidupan sebagaiseorang muslimah produktif dalam menyantuni masyarakat umum.

Konvensyen anjuran Persekutuan Seruan Islam Selangor & WP (JAM’IYAH) dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan Cahaya Hati Training and Consultancy (CHTC) ini akan menampilkan enam orang ustazah yang insha Allah pastinya membawa energi positif dan motivasi buat para wanita di Malaysia dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang muslimah produktif dan minda yang terbuka dalam menyantuni masyarakat umum.

Bukan setakat ceramah dan forum serta talk show, konvensyen wanita ini turut disulamkan dengan persembahan dari artis-artis tanah air yang menghiburkan dan gerai-gerai jualan usahawan wanita Malaysia.

Sama-sama kita meriahkan konvensyen yang dianggarkan bakal dihadiri oleh 2000 wanita seluruh Malaysia insha Allah aamiin.

“Wanita Syurga, Permata Dunia”

Dapatkan tiket EARLYBIRD RM45 untuk 100 orang pertama SAHAJA di http://wanitasyurga.com/tiket

Servis penjagaan anak klik http://wanitasyurga.com/anak

Sewa booth konvensyen klik http://wanitasyurga.com/niaga

KONGSI ARTIKEL INI
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on telegram
Share on email