JAM’IYAH merupakan satu singkatan dari Jam’iyatul Dakwah Islamiyah yang diasaskan oleh seorang pendakwah dari Merut, India, Maulana Shah Muhammad Abdul Aleem As-Siddiqi Pada tahun 1932. JAM’IYAH melebarkan sayapnya dengan menubuhkan cawangan di semenanjung seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka. Walaupun idea awal tercetus pada Januari 1949, namun JAM’IYAH Selangor didaftarkan secara rasmi pada 12 Jun 1950.

Di Selangor khasnya, JAM’IYAH didaftarkan sebagai Persekutuan Seruan Islam Selangor. Apabila Wilayah Persekutuan ditubuhkan, ia ditambah menjadi Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan singkatan nama JAM’IYAH.

Perutusan YDP | Visi Dan Misi | Carta Organisasi | Sejarah Penubuhan | Mantan YDP

Dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab JAM’IY AH berusaha menyambung dakwah Rasullah S.A.W. dengan berdasarkan mafhum nas-nas berikut:

“Wahai Rasul-Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu, dan jika engkau tidak berbuat demikian; maka engkau tidak menyampaikan perutusan-Nya.”

(Al-Mai’dah : 67)

"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan memberi nasihat yang baik dan muzakarahlah dengan cara yang sebaik-baiknya..."

(An-Nahl : 125)

“Sampaikanlah apa yang dariku walau dengan satu ayat..."

(Riwayat Bukhari & Tarmizi)

Menyediakan Modul / Kelas Pengajian / Bengkel Ceramah Dan Tazkirah

Lawatan Khidmat Masyarakat

Bantuan / Sumbangan / Kebajikan

Penerbitan

Pertubuhan Paling Aktif oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Anugerah Badan Dakwah Terbaik daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sempena Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan

Anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela Negeri Selangor.