PENDAFTARAN SUKARELAWAN JAM’IYAH

Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) adalah badan bukan kerajaan (NGO-i) yang menfokuskan kegiatan dakwah. Badan dakwah tertua di Malaysia ini semenjak ditubuhkan pada tahun 1950 telah menjalankan pelbagai kegiatan dakwah baik di dalam dan luar negara malah pernah dinobatkan badan dakwah terbaik pada tahun 1428M / 2007M. Kini JAM’IYAH sedang mencari sesiapa yang berminat untuk menyertai pasukan Sukarelawan JAM’IYAH bagi membantu serta menggiatkan lagi kegiatan dakwah Islamiyyah.

Antara kelebihan yang akan diperoleh:
1) Menyumbang kepada pembangunan dan kebajikan
2) Mempelajari pergerakan kerja amal jama’ei secara sistematik
3) Meluaskan jaringan kenalan seperti ahli korporat, ahli akademik, dll
4) Memperoleh kelebihan sebagai ahli JAM’IYAH seperti keutamaan menyertai program-program JAM’IYAH, dll
5) Elaun program (tertakluk pada syarat)
6) Sijil penghargaan (tertakluk kepada syarat)

Permohonan adalah terbuka kepada semua peringkat umur dan dibuka sepanjang tahun. Anda boleh mendaftar di pautan yang berikut:

http://bit.ly/SJ1440H

Sebarang pertanyaan atau informasi lebih lanjut, boleh hubungi En. Amier Rostam di 019-4465862 atau emel amier.jamiyah@gmail.com.

Sekian terima kasih.

“Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain” – Mafhum Hadith